PENTADBIRAN ZAKAT
DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Pentadbiran dan Pengurusan zakat di Negara Brunei Darussalam adalah di bawah bidang kuasa Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).  Di dalam Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 dalam Undang-Undang Negara Brunei Darussalam terdapat peruntukan mengenai dengan Zakat dan Fitrah Bab 114 hingga 121.  Bab-bab tersebut mengandungi syarat-syarat dan kuasa-kuasa bagi dijalankan pemungutan zakat dan fitrah di Negara Brunei Darussalam. 

Pentadbiran dan pengurusan zakat dan fitrah di Negara Brunei Darussalam mulai berjalan dengan teratur dan sempurna apabila Undang-Undang Zakat dan Fitrah dikuatkuasakan pada 11hb. Syawal, 1389H bersamaan dengan 1hb. Januari 1969M di mana dengan kuatkuasa ini Majlis Ugama Islam adalah berkuasa memungut semua zakat dan fitrah dan membahagi-bahagikannya kepada yang berhak di seluruh Negara Brunei Darussalam. 

Kuatkuasa Undang-Undang Zakat dan Fitrah ini adalah dilaksanakan berdasarkan satu peraturan yang digelar dengan nama Peraturan Zakat dan Fitrah 1969.   

 

JAWATANKUASA Mengeluarkan Wang Zakat
Asnaf Yang Berhak Di NBD
Lantikan Dan Senarai Amil

Kadar Zakat Harta  (WANG SIMPANAN)

Kadar Zakat Fitrah Tahun 1424/2003
Cara Pungutan Zakat di NBD
Cara Agihan (Tauzi') Zakat di NBD
Bantuan-Bantuan dan Agihan

|| Pengenalan | Sejarah | Peranan Utama | Kuasa-Kuasa | Persidangan | Struktur | Ahli-Ahli Majlis ||
|| Pelaksana | JK Undang-Undang | Baitul Mal | Badan Tanmiah | Wakaf | Sijil Tanda Halal | Juru Nikah | Zakat | Amil ||
|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||