KADAR ZAKAT HARTA (WANG SIMPANAN)

(1)  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam telah bersabda yang bermaksud, "Tidak dikenakan ke atasmu apa-apa (zakat) sehingga sampai dua puluh dinar.  Jika kamu memiliki dan sampai haulnya,  maka padanya (zakat) setengah dinar." (Hadith riwayat Abu Daud dan Baihaqi).

"1/2 dinar itu adalah 1/40 (2.5%) daripada 20 dinar.  Berdasarkan kiraan sekarang 20 dinar (mitsqal) emas itu bersamaan dengan 85 gram emas"

(2)  Jumhur ulama fiqh telah mengatakan wajib zakat pada mata wang (banknote).  Banknote tersebut telah menggantikan matawang emas dan perak yang digunakan oleh orang-orang Arab terdahulu dalam berurusniaga sebelum kedatangan Islam.  Matawang emas dikenali sebagai dinar dan matawang perak dikenali sebagai dirham.

(3)  Mengenai dengan kadar zakat harta (wang simpanan) maka Majlis Ugama Islam telah menetapkan bahawa kadar nisab zakat harta (wang simpanan) sekarang adalah $1,912.50 iaitu berdasarkan 85gram harga pasaran emas 21 karat berharga $22.50 satu gram (85gram emas X $22.50 = $1,912.50) 

Zakat yang wajib dikeluarkan dari jumlah B$1,912.50 dan seterusnya adalah sebanyak 2.5% atau 1/40 dari jumlah tersebut.  Panduannya adalah seperti berikut :

JUMLAH B$ % DIKELUARKAN JUMLAH  DIKELUARKAN ZAKAT
$ 1,912.50 X 2.5% = $47.81
$ 2,000.00 X 2.5% = $ 50.00
$ 5,000.00 X 2.5% = $ 125.00
$ 10,000.00 X 2.5% = $ 250.00
$ 20,000.00 X 2.5% = $ 500.00
$ 30,000.00 X 2.5% = $ 750.00
$ 40,000.00 X 2.5% = $ 1,000.00
$ 50,000.00 X 2.5% = $ 1,250.00
$ 60,000.00 X 2.5% = $ 1,500.00
$ 70,000.00 X 2.5% = $ 1,750.00
$ 80,000.00 X 2.5% = $ 2,000.00
$ 90,000.00 X 2.5% = $ 2,250.00
$100,000.00 X 2.5% = $ 2,500.00
$200,000.00 X 2.5% = $ 5,000.00
$300,000.00 X 2.5% = $ 7,500.00
$400,000.00 X 2.5% = $10,000.00
$500,000.00 X 2.5% = $12,500.00
$600,000.00 X 2.5% = $15,000.00
$700,000.00 X 2.5% = $17,500,00
$800,000.00 X 2.5% = $20,000.00
$900,000.00 X 2.5% = $22,500.00
$1,000,000.00 X 2.5% = $25,000.00
JUMLAH LAIN X 2.5% = (______________)

 

Kiraan Zakat Harta Yang Wajib dikeluarkan

     Sila nyatakan wang Biskita di kotak yang disediakan [Tanpa tanda koma (,)]

    $     $  

Kadar timbangan zakat emas adalah bermula 85 gram emas

Kadar timbangan zakat perak adalah bermula 595 gram perak.

* Kadar nisab zakat harta yang dinyatakan di atas adalah bermula pada 25hb.. Syaaban, 1424H bersamaan 21hb. Oktober, 2003M.

*  Perubahan kadar nisab zakat harta  ini akan berubah dari semasa ke semasa mengikut pasaran harga emas.  Perkara ini akan dimaklumkan dari semasa kesemasa oleh pihak Majlis Ugama Islam.

Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan :

Unit Kutipan Dan Agihan Zakat

Pejabat Majlis Ugama Islam

Tingkat Bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama,

Jalan Menteri Besar,

Bandar Seri Begawan, 

Negara Brunei Darussalam. 

 

Telefon : 2382300, 2382525 (KHEU)

               : 2382255 (Setiausaha Majlis Ugama Islam)

Fax        : 2382255.

 


|| Misi | Matlamat | Fungsi | Peranan | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||