JAWATANKUASA MENGELUARKAN WANG ZAKAT

.

Majlis Ugama Islam Negara Brunei Darussalam telah melantik sebuah Jawatankuasa Mengeluarkan Wang Zakat yang bertindak bagi memandu dasar dan perjalanan kutipan dan pembahagian zakat dan fitrah di seluruh Negara Brunei Darussalam. 

Jawatankuasa ini mempunyai kuasa membuat keputusan muktamad bagi pemberian semua jenis bantuan kepada fakir miskin dan asnaf-annaf yang lain di Negara Brunei Darussalam dan menetapkan jumlah, kadar, jenis atau bentuk bantuan yang akan diberikan atau diluluskan. 

Setiap permohonan bantuan daripada fakir miskin dan asnaf-asnaf yang lain, sebelum dihadapkan  kepada Jawatankuasa Mengeluarkan Wang Zakat, akan diteliti terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Meneliti Permohonan-Permohonan Daripada Asnaf-Asnaf Bagi Mendapatkan Bahagian Zakat yang akan membuat sokongan-sokongan atau sebaliknya berdasarkan kepada maklumat dan laporan penyiasatan yang telah dibuat oleh pegawai-pegawai Kutipan dan Agihan Zakat Majlis Ugama Islam.

 

 


|| Misi | Matlamat | Fungsi | Peranan | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||