CARA PERLAKSANAAN PUNGUTAN ZAKAT
DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Cara Pungutan Zakat

1.                  Zakat Fitrah 

Pungutan zakat fitrah dilakukan oleh amil-amil yang dilantik oleh Majlis Ugama Islam Brunei mengikut kawasan masing-masing di Daerah Brunei Muara, Belait, Tutong dan Temburong. 

2.                  Zakat Harta 

Pembayaran zakat harta boleh dibuat melalui cara-cara berikut:

  • Pembayar zakat boleh datang sendiri ke Unit Kutipan dan Agihan Zakat Majlis Ugama Islam di semua daerah di negara ini.

  • Pembayar zakat boleh menyerahkan zakatnya melalui amil-amil yang dilantik oleh Majlis Ugama Islam di setiap daerah mengikut kampong dan kawasan masing-masing.

  • Bagi pendeposit atau penyimpan-penyimpan di Bank Islam Brunei Berhad (IBB), TAIB dan Bank Pembangunan Islam bolehlah membuat arahan kepada bank-bank berkenaan supaya zakat dikeluarkan daripada simpanan-simpanan (akaun) mereka pada setiap tahun.

Untuk Pertanyaan dan Keterangan Lanjut Berhubung dengan zakat ini bolehlah menghubungi alamat berikut :

Unit Kutipan dan Agihan Zakat

Pejabat Majlis Ugama Islam

Kementerian Hal Ehwal Ugama,

Jalan Menteri Besar,

Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

Telefon :  02-382300 (KHEU)

                 02-382255 (Setiausaha Majlis Ugama Islam)

Fax       :  02-38225


|| Misi | Matlamat | Fungsi | Peranan | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||