CARA AGIHAN (TAUZI'") ZAKAT
DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Majlis Ugama Islam Negara Brunei Darussalam memberikan berbagai-bagai jenis bantuan kepada enam golongan asnaf yang berhak menerima zakat mengikut hukum Syara' yang terdapat di Negara Brunei Darussalam pada masa ini.  Golongan tersebut adalah terdiri daripada Fakir, Miskin, Muallaf, Amil, Al-Gharimin (Penanggung Hutang) dan Ibnu Sabil (Musafir yang keputusan belanja dalam perjalanan).

Sumbangan dan bantuan yang diberikan kepada golongan yang disebutkan itu adalah seperti berikut :

A.     ASNAF FAKIR DAN MISKIN

  • Bantuan Wang Tunai Bulanan

  • Bantuan Hari Raya dan Akhir Tahun

  • Bantuan Modal Perniagaan

  • Bantuan Bencana Alam/Kecemasan (sertamerta)

  • Bantuan Sewa Rumah Dan Tempat Tinggal.

  • Bantuan Membina/Membaiki/Menyiapkan Rumah.

  • Bantuan Yuran/Pas Pelajar dan Peperiksaan.

  • Bantuan Tambang Kenderaan, Pakaian Seragam dan Peralatan Sekolah.

  • Bantuan Rawatan Perubatan dan Tambang Penerbangan.

  • Bantuan Bagi Menambah Hasil Pendapatan.

  • Bantuan Membayar Hutang.

B.     ASNAF MUALLAF

  • Bantuan Wang Tunai Bulanan.

  • Bantuan Hari Raya dan Akhir Tahun.

  • Bantuan Sewa Rumah dan Tempat Tinggal.

  • Bantuan Membina/Membaiki/Menyiapkan Rumah.

  • Bantuan Yuran/Pas Pelajar dan Peperiksaan.

  • Bantuan Tambang Kenderaan, pakaian Seragam dan Peralatan Sekolah.

  • Bantuan Bagi Menambah Hasil Pendapatan.

  • Bantuan Kursus-Kursus Bimbingan Muallaf.

  • Bantuan Pembinaan Balai Ibadah dan Pusat Kegiatan Ugama.

  • Bantuan Perbelanjaan Menunaikan Fardhu Haji.

C.     ASNAF AMIL

  • Bayaran diberikan kepada amil-amil di seluruh negara sebagai upah  di atas tugas mereka dalam menjalankan pengutipan zakat dan menyampaikan bantuan-bantuan kepada asnaf-asnaf yang berhak di kawasan dan kampong  mereka masing-masing.

D.     ASNAF AL-GHARIMIN (PENANGGUNG HUTANG)

  • Bantuan ini diberikan kepada penanggung-penanggung hutang bagi melepaskan mereka daripada bebenan hutang kerana membuat kerja-kerja yang berkebajikan seperti membina masjid, surau, balai ibadat dan sebagainya yang diperlukan oleh masyarakat.

E.     ASNAF IBNU SABIL 

  • Bantuan ini diberikan kepada musafir yang keputusan perbelanjaan dalam pelayaran  bagi melepaskan kesusahan mereka dalam  masalah kekurangan belanja/kewangan.


|| Misi | Matlamat | Fungsi | Peranan | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||