SISTEM PERWAKAFAN
DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Secara umum sistem perwakafan di Negara Brunei Darussalam terbahagi kepada dua:

 i.                 Tidak Berdaftar

ii.                  Berdaftar.

 Secara Tidak Berdaftar

a)         Sistem perwakafan serupa ini terjadi di Negara Brunei Darussalam apabila seorang hamba Allah mewakaf sesuatu kepada pihak-pihak tertentu seperti wang, kelengkapan peralatan dan lain-lain secara tidak bertulis hanya dilafazkan secara lisan sahaja.  Timbang terima kedua belah pihak berlaku secara lisan apabila kedua belah pihak bersetuju untuk memberi dan menerima harta yang diwakafkan. 

b)         Kadang-kadang perwakafan itu boleh terjadi juga tanpa diketahui oleh pihak kedua iaitu orang yang menerima harta wakaf tersebut.  Contohnya seorang hamba Allah mewakafkan sebuah Al-Quran di masjid tanpa diketahui oleh pegawai dan kakitangan masjid.

 Secara Berdaftar. 

Sistem perwakafan serupa ini terjadi apabila seorang hamba Allah mewakafkan jenis-jenis harta yang takalih seperti tanah dan bangunan dengan menentukan pertukaran nama pemilik secara yang sah di sisi undang-undang.  Bagi sistem perwakafan serupa ini contohnya tanah, apabila wakaf seseorang itu telah diterima, dilafazkan dan disahkan oleh pihak-pihak tertentu, maka urusan tukar milik tanah daripada orang yang berwakaf kepada Majlis ugama Islam akan diselesaikan segera dimana Majlis Ugama Islam adalah selaku pihak yang akan mengurus harta wakaf berkenaan.

 


|| Misi | Matlamat | Fungsi | Peranan | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||