JENIS-JENIS WAKAF
DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Harta wakaf yang diurus dan dikendalikan oleh Majlis Ugama Islam dapat dibahagikan kepada dua jenis yang terdiri daripada:-

i.                    Wakaf Khas

ii.                  Wakaf Am. 

I.                    Wakaf Khas 

Wakaf Khas adalah merupakan wakaf yang telah ditentukan sendiri oleh seorang yang berwakaf.  Contohnya sebidang tanah telah diwakafkan oleh seorang hamba Allah dan tanah yang diwakafkannya itu telah ditentukannya untuk kegunaan-kegunaan tertentu misalnya untuk didirikan masjid.  Oleh yang demikian wakaf serupa ini adalah dinamakan Wakaf Khas.
 

II.                   Wakaf Am
 

Wakaf Am pula adalah merupakan wakaf yang tidak ditentukan secara khusus kegunaannya oleh orang yang berwakaf.  Bagi wakaf jenis ini Majlis Ugama Islam adalah bebas untuk menentukan tindakan-tindakan yang patut dibuatnya ke atas harta wakaf jenis ini.
 


|| Misi | Matlamat | Fungsi | Peranan | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||