INSTITUSI MENGURUS WAKAF
DAN PROSEDUR BERWAKAF

1.       Institusi yang dipertanggungjawabkan di Negara Brunei Darussalam bagi mengurus hal ehwal  harta wakaf secara berdaftar adalah Majlis Ugama Islam sendiri.  Pengurusan yang dijalankan adalah tertakluk kepada jenis wakaf yang dilafazkan oleh orang yang berwakaf.  Perlaksanaan awal  atau prosedur yang akan dilakukan oleh pihak yang berwakaf adalah seperti berikut: 

i.                    Menghantar surat permohonan untuk berwakaf.

ii.                  Apabila wakaf diterima – melafazkan wakaf dihadapan Kadi.

iii.                Diwartakan ke Jabatan Tanah.

iv.                 Perlaksanaan wakaf oleh pihak-pihak berkenaan mengikut jenis wakaf yang dilafazkan. 

2.                Bagi wakaf-wakaf yang tidak berdaftar, pengurusannya terpulanglah kepada pihak yang diberikan atau menerima harta wakaf berkenaan.  Misalnya sebuah masjid menerima wakaf 100 naskhah Al-Quran, maka masjid itu sendiri yang akan menguruskan segala hal yang berkaitan dengannya.


|| Misi | Matlamat | Fungsi | Peranan | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||