ANAK-ANAK SYARIKAT BADAN TANMIAH

Bermula tahun 1998, Badan Tanmiah telah melaksanakan  beberapa buah projek dalam pelaburan aset tunai.  Tiga buah anak syarikat telah ditubuhkan dan sebuah stesen minyak yang diurus sendiri oleh Badan Tanmiah juga telah dijalankan.

1.      BEST DARUSSALAM HOMESTORE SDN. BHD.

Ditubuhkan dan memulakan opererasinya pada 4hb. Januari 19999 beralamat di Lot 13, FoodCourt, Centrepoint Gadong.  Aktibiti utamanaya ialah pembuatan serta pemasaran pakaian dan pemasaran kraftangan.  Ia merupakan satu projek usahasama diantara Badan Tanmiah dengan pengusaha-pengusaha tempatan.  Diantara matalamat utamanya ialah untuk memberi peluang dan meningkatkan pengeluaran pembuatan pakaian yang bermutu tinggi bagi mendapat pasaran yang menguntungkan.

2.      KESAN MAJU SDN. BHD.

Ditubuhkan pada 10hb. Mei 1999 dan memulakan operasinya pada 15hb. Mei 1999.  Aktibiti utamanya ialah pertanian dan ia merupakan projek pertanian pertama yang dijalankan oleh Badan Tanmiah dengan usahasama peladang-peladang sayuran tempatan.  Matalamat asalnya ialah untuk membantu peladang-peladang tempatan memasarkan sayur-sayuran mereka.  Pada pertengahan tahun 2001, syarikat ini telah membuka ladangnya sendiri di Lot 13402 Kampong Katok, Tungku, Gadong.

3.      BELIA JAYA SDN. BHD.

Ditubuhkan pada 19hb. Julai 1999 dan memulakan operasinya pada 11hb. Oktober 1999 beralamat di Unit 17, Blok  B, Bangunan Perdagangan BaitulMal, Kota Batu.  Aktibiti utamanya ialah restoran serta penyajian makanan.  Ia merupakan sebuah syarikat usahasama Badan Tanmiah dengan penuntut-penuntut lepasan Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Brunei Darussalam.

4..      STESEN MINYAK DAN PERNIAGAAN

Stesen ini mula ditubuhkan pada 17hb. Januari 2001 dan memulakan operasinya pada 23hb. Ogos 2001 yang terletak di Kampong Kuala Lurah.  Ia adalah sebuah syarikat yang diurus sendiri oleh Badan Tanmiah melalui pengurus yang telah dilantik.  Aktibiti utamanaya ialah menjual minyak petrol disamping perniagaan kedai runcit.

 


|| Misi | Matlamat | Fungsi | Peranan | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||