STRUKTUR DAN ORGANISASI

Majlis Ugama Islam sebagai penasihat kepada Sultan dalam hal ehwal yang berkaitan dengan ugama Islam adalah diletakkan secara langsung di bawah Sultan. 

Majlis Ugama Islam pada masa ini adalah menjadi sebahagian daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama dan ia diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Syar’iah.  Sungguhpun demikian pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama hanya akan menyentuh Pejabat Majlis Ugama Islam dalam hal-hal yang berhubung dengan pentadbiran dan kepegawaian sahaja serta tidak akan menyentuh hal-hal yang mengenai dasar, undang-undang dan Mahkamah. Semua tugas dan kerja yang berkaitan dengan Majlis Ugama Islam adalah di bawah arahan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam yang juga menjadi Menteri Hal Ehwal Ugama.   

Majlis Ugama Islam pada masa ini dianggotai oleh seorang Yang Dipertua, seorang Naib yang Dipertua dan 15 orang ahli serta seorang Setiausaha yang mana kesemuanya adalah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.  

Terdapat dua buah Jawatankuasa dan sebuah badan yang telah dilantik dan ditubuhkan yang diletakkan dibawah Majlis Ugama Islam ini iaitu:- 

i.   Jawatankuasa Undang-Undang
II.   Jawatankuasa Mengeluarkan Wang Zakat
iii.  Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam.

Setiausaha Majlis Ugama Islam adalah menjadi ketua dalam hal ehwal pentadbiran pejabat Majlis Ugama Islam dan juga menjadi ketua Urusetia Majlis Ugama Islam di bawah arahan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam.  Beberapa unit yang diletakkan di bawah Setiausaha Majlis Ugama Islam adalah seperti berikut:- 

i.   Unit  Mesyuarat
ii.  Unit Pentadbiran
iii. Unit Undang-Undang
iv. Unit Kutipan dan Agihan Zakat
v.  Unit Wakaf dan Baitulmal

CARTA STRUKTUR MAJLIS UGAMA ISLAM


|| Misi | Matlamat | Fungsi | Peranan | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||