SEJARAH PENUBUHAN

Majlis Ugama Islam ditubuhkan setelah tergubalnya Undang-Undang No. 20/1955 (Undang-Undang Ugama Dan Mahkamah-Mahkamah Kadi 1955) yang telah digubal berasaskan kepada Undang-Undang dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada tahun 1955 dan mula dikuatkuasakan pada 1hb. Februari 1956 semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddin Sa’adul Khairi Waddien

Undang-Undang No. 20/1955 (Undang-Undang Ugama Dan Mahkamah-Mahkamah Kadi 1955) ini mengandongi banyak perkara mengenai dengan hal ehwal ugama Islam yang antara lain ialah Penubuhan Majlis Ugama Islam, wujudnya Jawatan Mufti, Penubuhan Jawatankuasa Undang-Undang, Jawatankuasa Kehakiman, Mengemaskinikan Mahkamah-Mahkamah Syariah, Masalah-Masalah Muallaf, Jenayah Agama, Pentadbiran Zakat dan lain-lain lagi.  

Undang-Undang No. 20/1955 (Undang-Undang Ugama Dan Mahkamah-Mahkamah Kadi 1955) ini setelah disemak semula pada tahun 1984, sekarang ini dikenali sebagai Akta Majlis Ugama Islam Dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77. 

 


|| Misi | Matlamat | Fungsi | Peranan | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||