PERSIDANGAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah berangkat ke Persidangan Majlis Ugama Islam pada 25hb. September 1990 di Kementerian Hal Ehwal Ugama Bandar Seri Begawan,
Negara Brunei Darussalam.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berangkat ke Persidangan Majlis Ugama Islam 

pada hari Sabtu 17hb. Rabiul Awal 1419 bersamaan 11hb. Julai 1998

 

Dalam  menangani masalah keugamaan dan menentukan dasar pentadbiran ugama Islam di Negara Brunei Darussalam, Majlis Ugama Islam sentiasa mengadakan sidangnya bagi membincangkan hal-hal yang berhubong dengan akidah dan syariah yang selalu ditimbulkan seperti ajaran sesat dan menyelewing, makanan halal haram, pendidikan, dakwah, masjid dan isu-isu semasa yang lain.

 

Disamping itu persidangan Majlis Ugama Islam juga membincangkan dan  meneliti sebahagian daripada Undang-Undang Brunei yang telah disesuaikan dengan Kehendak ugama islam serta meneliti beberapa draf undang-undang yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah.

 

Setiap apa jua dasar dan keputusan yang telah digubal atau dibuat dalam persidangan Majlis Ugama Islam akan disembahkan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam selaku Ketua ugama iaitu sebagai nasihat Majlis Ugama Islam kepada baginda.


|| Misi | Matlamat | Fungsi | Peranan | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||