TUGAS DAN PERANAN UTAMA MAJLIS

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan 

Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah

Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam

Tugas dan peranan utama Majlis Ugama Islam Negara Brunei Darussalam ialah membantu dan menasihatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam sebagai Ketua Ugama dalam segala hal yang berkaitan dengan Agama Islam iaitu sebagaimana yang disebutkan dalam bab 38 tentang kuasa-kuasa Majlis dalam Akta Majlis Ugama Islam Dan Mahkamah-Mahkamah Kadi penggal 77 di bawah tajuk Kuasa-Kuasa Dalam Perkara-perkara Ugama yang  menegaskan seperti berikut:-

  38.       Majlis hendaklah, bagi pihak dan di bawah kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebagai Ketua Ugama Rasmi Negara Brunei Darussalam, membantu dan menasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam semua hal yang berkaitan dengan agama rasmi Negara Brunei Darussalam, dan hendaklah dalam semua hal-hal tersebut menjadi pihak berkuasa yang utama di Negara Brunei Darussalam,  kecuali sejauh mana yang dipersyaratkan sebaliknya oleh Akta ini.”

 


|| Misi | Matlamat | Fungsi | Peranan | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||