PELAKSANA DASAR MAJLIS

 

Majlis Ugama Islam adalah sebenarnya pembuat dan penentu dasar (legislative body) bagi menentukan bagaimana seharusnya pentadbiran Ugama Islam di negara Brunei Darussalam ini.  Adapun Kementerian Hal Ehwal Ugama adalah sebagai pelaksana (executive) dan pendokong terhadap dasar pentadbiran Ugama Islam yang telah dibuat oleh Majlis Ugama Islam.  

Bangunan 

Kementerian Hal Ehwal Ugama

Negara Brunei Darussalam

Maka segala apa jua dasar dan keputusan atau cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh Majlis Ugama Islam yang telah disembahkan dan diambil maklum atau diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam akan dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Ini bermakna bahawa Kementerian Hal Ehwal Ugama adalah yang sebenarnya menjadi tunjang kemajuan ugama di Brunei dan yang menjadi pihak yang bertanggungjawab menjalankan (executive) bagi semua keputusan-keputusan Majlis Ugama Islam yang memegang dasar bagi pentadbiran Ugama Islam di Negara Brunei Darussalam.

 


|| Misi | Matlamat | Fungsi | Peranan | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||