KUASA-KUASA MAJLIS

Diantara kuasa-kuasa Majlis Ugama Islam yang diperuntukkan di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 adalah seperti berikut:- 

  1.  Majlis mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang yang telah meninggal dunia atau sebagai pemegang amanah bagi sebarang amanah. (Bab 9) 

  2. Majlis menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi semua wakaf, samada wakaf am, atau wakaf khas, bagi semua nazar am, dan semua amanah dari setiap jenis yang membuat mana-mana amanah khairat bagi menyokong dan mengembangkan ugama Islam menurut hukum syarak. (Bab 100) 

  3. Majlis mempunyai kuasa untuk memungut semua zakat dan fitrah yang dibayar di Negara Brunei Darussalam menurut hukum syarak. (Bab 114). 

  4. Majlis menjadi pemegang amanah bagi semua masjid di Negara Brunei Darussalam bersama dengan mana-mana harta benda takalih di mana ianya terdiri atau yang berkaitan dengannya serta berkuasa bagi memberi kebenaran terhadap pembinaan, pembaikan, penambahan, penutupan dan perobohan masjid di negara ini. (Bab 123 – 126) 

  5.  Majlis menyimpan suatu daftar nama-nama semua orang yang telah memeluk ugama Islam dalam Negara Brunei Darussalam, bersama dengan butir-butir demikian yang berhubung dengan penukaran agama mereka sebagaimana yang ditentukan oleh aturan. 

  6. Majlis berkuasa membuat lantikan-lantikan terhadap orang-orang yang bersesuaian dan berkelayakan untuk menjadi Mufti (bab 40), Kadi Besar, Timbalan Kadi Besar, Kadi-Kadi, ((Bab 45(1) Menjadi Imam-Imam Masjid (Bab 129), Amil-Amil dan juru-juru nikah di Negara Brunei Darussalam. 

  7. Majlis juga berkuasa mengeluarkan kebenaran bagi sebarang pengajaran agama Islam di Negara Brunei Darussalam (Bab 185) 

  8.  Majlis berkuasa mengeluarkan kebenaran pengutipan derma yang bertujuan untuk menyokong dan mempertinggikan syiar ugama Islam dan kepentingan orang-orang Islam sendiri Bab 122).

 


|| Misi | Matlamat | Fungsi | Peranan | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||