JAWATANKUASA UNDANG-UNDANG


Jawatankuasa ini adalah dilantik berdasarkan bab 41(1) Akta Majlis Ugama Islam Dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77 yang bertugas bagi mengeluarkan Fatwa mengenai dengan undang-undang atau ajaran ugama Islam bagi pihak Majlis Ugama Islam.

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Mufti Kerajaan dan mempunyai tidak kurang daripada 2 Ahli lain dari Majlis Ugama Islam dan tidak kurang daripada 6 orang lain yang terdiri samada daripada ahli Majlis ataupun tidak.

Berdasarkan bab 42 (1), bahawa siapa sahaja boleh menulis surat kepada Setiausaha Majlis Ugama Islam meminta supaya Majlis mengeluarkan Fatwa mengenai ajaran ugama Islam dan Setiausaha Majlis Ugama Islam akan menghadapkan permintaan tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang bagi mengeluarkan Fatwa atas nama Majlis.

 

AHLI-AHLI JAWATANKUASA
UNDANG-UNDANG BAGI MAJLIS UGAMA ISLAM
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BAGI TEMPOH 3 TAHUN
MULAI 16HB JULAI 2005 

1.        Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, PSSUB., DSLJ., PBLI., PKL. Mufti Kerajaan.

[Pengerusi]. 

2.        Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli, SPMB., PJK., PIKB.,  PKL., Peguam Negara.

[Ahli]. 

3.        Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal, PSSUB., DSNB., PBLI., PKL.

[Ahli].

4.       Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim, PSSUB., PKL.

[Ahli]. 

5.       Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, PSSUB., DPMB., PBLI., PJK., PKL.

[Ahli]. 

6.       Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Setia Raja Dato Seri Paduka Haji Awang Mohd. Ali bin Haji Mohd. Daud, SPMB., SLJ., PJK., PKL.

[Ahli]. 

7.       Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin, PSSUB., PKL.,

[Ahli]. 

8.       Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia  Haji Awang Salim bin Haji Besar, PSSUB., PJK., PKL.,

[Ahli]. 

9.       Yang Mulia Dato Seri Setia Awang Haji Metussin bin Haji Baki, PSSUB.,

[Ahli]. 

10.     Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dato Kerma Setia Awang Zainuddin bin Jailani, DPKT., SMB., Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei.

[Ahli].


|| Misi | Matlamat | Fungsi | Peranan | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||