BAITULMAL


Dari segi undang-undang, Majlis Ugama Islam adalah merupakan pihak yang memegang amanah bagi mentadbir dan menguruskan harta Baitulmal yang terdapat di Majlis Ugama Islam yang terbahagi kepada dua kumpulan harta seperti berikut:

i.                    Kumpulan Wang Zakat. 

Iaitu kumpulan wang atau harta yang diperolehi hasil daripada dua jenis kutipan iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. 

ii.                  Kumpulan Wang Pentadbiran Am. 

Iaitu kumpulan wang atau harta yang diperolehi daripada sumber-sumber berikut:- 

(a)               Bayaran Denda Mahkamah-Mahkamah Kadi

(b)               Bayaran Sewa Rumah

(c)               Wang Faedah (Interest) Bank yang diserahkan

(d)               Bayaran Sijil Nikah, Cerai dan Rujuk

(e)               Harta Wakaf

(f)                 Harta yang tidak habis diwarisi

(g)               Harta luqatah.

 


|| Misi | Matlamat | Fungsi | Peranan | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||