TANDA HALAL

  1. Tanda Halal adalah satu logo yang telah ditetapkan dan dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam untuk disimpan oleh pengimport dan pembekal  tempatan pada daging-daging yang telah diiktiraf kehalalannya semasa diimport, diangkut dan dijual.

  2. Tanda Halal akan dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam setelah pihak Majlis berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diberikan oleh pemohon mengenai dengan daging-daging yang akan diimport atau dijual dan setelah mendapat sokongan daripada pihak Setiausaha Lembaga Mengeluarkan Permit Import Halal. 

  3. Bagi mendapatkan Tanda Halal  ini pemohon hendaklah membuat permohonan kepada Setiausaha Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

  4. Bayaran bagi setiap satu Tanda Halal adalah sebanyak B$0.02 (2sen)

 


|| Misi | Matlamat | Fungsi | Peranan | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||