MENANGANI MASALAH MAKANAN
HALAL DAN HARAM

Dalam menangani masalah makanan halal haram di negara ini iaitu khususnya mengenai dengan daging, satu undang-undang yang mengawal mengenainya telah digubal yang dinamakan Perintah Darurat (Daging Halal) 1998 dan mulai dikuatkuasakan pada 17hb. April 1999 di Negara Brunei Darussalam. 

Dengan tergubalnya Undang-Undang ini maka tertubuhlah: 

i.            Lembaga Mengeluarkan Permit Import Halal

Iaitu sebuah lembaga yang bertanggongjawab untuk mengeluarkan sebarang Permit mengenai dengan import daging-daging halal yang telah diiktiraf oleh Majlis Ugama Islam. 

ii.            Jawatankuasa Pemeriksa.

Iaitu jawatankuasa yang bertanggongjawab untuk memeriksa pusat-pusat penyembelihan atau tempat-tempat memproses daging untuk sokongan-sokongan pengiktirafan atau sebaliknya. 

Majlis Ugama Islam adalah merupakan pihak yang berkuasa untuk meluluskan apa-apa jua sokongan yang dibuat oleh Lembaga Mengeluarkan Permit Import Halal dan Jawatankuasa Pemeriksa berhubong dengan pengiktirafan halal, kebenaran memasukkan daging ke negara ini dan sebagainya.   

PUSAT PENYEMBELIHAN YANG DIIKTIRAF HALAL
SIJIL HALAL
LESEN BAGI DAGING HALAL
SIJIL PENYEMBELIHAN
TANDA HALAL

|| Misi | Matlamat | Fungsi | Peranan | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||